Thursday, 16 June 2016

Tajuk 23 : Guarantees Hour (GH)




Guarantees Hour atau Waktu Jaminan ialah dimana pihak Uber akan menjamin waktu-waktu tertentu dengan kadar bayaran tertentu sebagai suatu insentif kepada pemandu/driver.
Dalam bahasa yang mudah, pihak Uber menjamin bahawa sekiranya pemandu/driver memandu dalam tempoh yang ditetapkan, pemandu pasti akan mendapat tambang yang tertentu daripada pelanggan/rider.
Sebagai contoh, sekiranya pemandu/driver memandu dari jam 6 pagi sehingga 10pagi pada hari Isnin, pihak Uber menjamin setiap jam pasti pemandu/diver akan mendapat tambang daripada pelanggan/rider sekurang-kurangnya RM30. Untuk tempoh tersebut Uber menjamin RM120 jika pemandu/driver memandu dari jam 6 pagi sehingga 10 pagi. Jadi sekiranya pemandu/driver mendapat tambang kurang daripada RM120, Uber akan menambah baki yang kurang supaya cukup RM120.
Ini adalah kiraan untuk jadual Tier 1(Tingkat Pertama) iaitu pemandu/driver perlu mengumpul tambang kasar sebanyak RM500 atau lebih dalam keseluruhan minggu tersebut. Sekiranya pemandu/driver mengumpul kurang RM500 dalam minggu tersebut, pemandu/driver hanya layak untuk untuk jadual Tier 2 (Tingkat Kedua) .Sila rujuk gambar untuk maklumat lanjut.
Waktu Jaminan ini juga tertakluk kepada syarat-syarat lain yang telah ditetapkan. Sekiranya syarat-syarat ini tidak dipenuhi, insentif ini tidak akan diberikan. Sila rujuk gambar untuk maklumat lanjut.

➤Berminat untuk jana income sebagai pemandu Uber?
>DAFTAR PERCUMA Disini : https://partners.uber.com/i/daftaruber36
(*Pihak saya akan tolong aktifkan akaun anda tanpa perlu ke pejabat Uber.
Akaun akan diaktifkan dalam masa 24 jam waktu bekerja)


➤Email soalan-soalan anda ke : jompanduuber@gmail.com
➤Facebook : 
Part Time Full Time UBER - Malaysia









No comments:

Post a Comment